Saturday, 31 October 2015

EXPERIENTIAL LEARNING



kawan kelas - GROUP AF
KKD 2063

Experiential Learning adalah satu kaedah dalam proses mempelajari cara mengajar bagi mengaktifkan seseorang untuk menambah pengetahuan dan keterampilan melalui pengalamannya secara langsung. Dalam konteks ini, Experiential Learning menggunakan pengalaman sebagai pembaharuan dan teknik mengajar. Dalam program Experiential Learning ini, peserta akan lebih mengenali diri mereka serta memberikan komitmen sebagai pekerja yang bersemangat dan komited dalam bekerja. Cara ini mendedahkan kepada para siswi mahupun siswa untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman berbanding dengan membaca sesuatu bahan bacaan dan konsep. Disamping itu, peserta juga didedahkan dengan kehidupan sebagai guru. Peserta juga dididik dan diberi tunjuk ajar bagi menyelesaikan segala kesulitan yang bakal dihadapi oleh guru serta cabarannya. Tujuan utama program Experiential Learning ini adalah bertujuan untuk mendidik dan melatih pelajar siswa dan siswi terutamanya yang bakal menjadi pendidik dan program ini diwujudkan bagi melatih peserta agar menjadi guru yang mempunyai semangat jati diri yang tinggi, bersifat terbuka dan mempunyai sahsiah guru yang cemerlang.

Program ini dilangsungkan pada 9 Oktober (Jumaat) jam 8.00 malam hingga 10.30 malam dan 10 Oktober (Sabtu) bermula jam 8.00 hingga 5 petang bertempat di Auditorium Utama di Kampus Sultan Abdul Jalil. 

Pada hari jumaat; 9 Oktober, Program Experiential Learning ini dilakukan di dalam Auditorium Utama sahaja. Manakala pada 10 Oktober iaitu pada hari Sabtu, para peserta program ini dikehendaki melakukan aktiviti dalam dewan dan luar Kampus Upsi.

Program hebat Experiential Learning  telah banyak mengubah sata kepada impak yang positif secara tidak langsung. Program ini berjaya membuka mata saya untuk mengenali diri sendiri sama ada dari aspek kelemahan, mahupun kelebihan yang bertapak dalam diri. Oleh itu, saya boleh melakukan anjakan dari semasa ke semasa.




Sepanjang aktiviti dalam dewan auditorium


Dengan adanya program seperti ini, saya dapat mengeluarkan diri daripada kepompong malu yang tidak mendatangkan kesan yang baik dalam diri saya, tidak kira sama ada malu untuk berinteraksi mahupun untuk berkenalan dengan orang baru dikenali. Disamping itu, dengan ilmu yang saya peroleh selama menjalani program ini, dapatlah saya praktikkan secara berterusan. ini kerana, input yang diberikan amat bermakna dan berharga.

Saya berharap agar progrm seperti ini dapat diperkembangkan lagi sampai bila-bila. Hal ini supaya, ilmu yang bermanfat ini dapat dikongsi bersama antara satu sama lain di setiap pelusuk dunia. Dengan pendedahan ini, mahasiswa dan mahasiswi akan terdedah dengan kaedah untuk mengatasi kelemahan diri yang seharusnya diubah demi kemajuan diri dan masyarakat. Diharapkan juga, perubahan dapat dilakukan mengikut arus permodenan. Misalnya, kepelbagaian kaedah dan teknik terbaru dalam penyampaian semasa mengajar.

Friday, 23 October 2015

alahai upsi



yaa , saya pelajar rayuan . tak kesah laa rayu ke tak rayu , melutut sekalipun , hikss . yang penting dapat masuk upsi . lalala . dia punya seronok lepas tengok keputusan kat atas nun , rasa macam nak berjoget pon hadoo .  oppss ! hihi .

honestly , tak apply pon kos tu masa rayuan . ada jugak laa rasa tak puas hati dengan kos tu . kahkah . mana tak nyaa , nak lari dari subjek arab , tapi rasa macam di kejar kejar pulak . pelik pon ada . huhu . penat dah lari , so follow je laa kos tu . kah ! tapi sekarang dah redha dahh . hehe :D tak percaya sudaaa ~


*****************************************************************************


18 September 2015

okay , on that day , daftar diri . lalala


sampai je kampus lama , pi daftar diri kat Bangunan Canselori yang gah ni . wuuu~

okay , macam biasa laa kan , macam ujian medsi dengan waktu interview , mama ayah cuma rileks dalam kereta dan suruh saya pi sensorang . takpe , penat oii drive ke upsi .  muahciked ! hihi :D
then , settle apa apa yang patut kat bangunan tu , pi Kolej Za'ba (KZ) , daftar kolej . masa daftar tu , dia kata nak transfer saya ke Kolej Harun AminurRasyid (KHAR) , dengan kata sepakat yang betul-betul membawa berkat , saya pon tukar kolej . alahai , boleh tukar tukar pulak beb ! tapi saya takpi KHAR , saya pilih Kolej Ungku Omar (KUO) , hihi . sukahati je request kat akak tu .


after daftar and tahu rumah nombor berapa , jenuh jugak laa nak angkat barang ke tingkat empat tu . nasib baik bawakk barang sikit je . actually , dah plan nak balik . lalala
then , lepas kemas plus penat seharian berjalan , masa untuk tidur laa , apaa lagi . hehe . mama ayah dah otw pi penang , lawat siblings kat sana . takde nya mama ayah nak lepak bilik mcm parent housemate yang lain . haha . tak , manade jeles . huhu

malam tu , tetiba dapat call dari adik , dia kata dah sampai kafe KUO . hek eleehh , datang tak kasi tahu . patut laa tanak lepakk , pandai ayah mama plan kan *senyum sinis sikit* kihkih . 



hey mum , why so sirius ? hahaha


dah habis lepak pompangpompang semua , majlis bersurai . hahaha . lagipun time tu dah pukul berapa beb . kalau bab lepak , mana nak ingat siang ke malam . lalala .

okay , itu laa dia , serba sedikit my first day kat UPSI . tak best ke ? hm , kesah pulak hakuu . hahaha