Friday, 11 December 2015

S P A G H E T T I


Spaghetti merupakan salah satu pasta yang telah dikenalkan oleh bangsa Itali kira-kira 10 000 tahun yang lalu. Mee spaghetti boleh dimakan dengan pelbagai cara . Misalnya makan bersama carbonara, bolognese dan johor style pulak makan dengan laksa kalau tak silap saya :)

Kenikmatan dalam bersahabat boleh dirasai di dalam sepinggan spaghetti . mee spaghetti yang kosong tanpa rasa itu adalah diri kita sendiri manakala penyedap tekak dan pelengkap mee spaghetti itu, sos tambahannya. Maka , jelas laa terasa kosong tanpa rencah-rencah kehidupan dalam membina sebuah persahabatan

Sebuah ikatan persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka-duka, diperhatikan-dikecewakan, didengarkan permasalahan-diabaikan. Namun, yang buruk itu bukanlah suatu yang disengajakan.

+++++++++++++++++++++

buat sahabat,
kelemahan diriku adalah kelebihan kamu
kelebihan dariku adalah bahagian dari kehebatan kamu :)








DAKAPLAH TEMAN TEMANKU TUHAN
YANG SERING MENYAYANGI HAMBAMU

BAHAGIAKANLAH TEMAN TEMANKU TUHAN
YANG SERING DIKECEWAKAN CERITA LALU

****

Sunday, 6 December 2015

Psst !



AIS -

Satu rahsia kecantikan dengan hanya menggunakan ais . jyeahh !

tak payah beli produk mahal-mahal, SK II laa , dynarz ke apa .
opss ! contoh je .
Heehe 

***************

ais atau air batu ni , selain sedap kat tekak , function lain dia ialah untuk kecantikan wajah .
cehh , macam pakar sangat je kan . hihi

----

FIRST :

Ais dapat me-neutral-kan kulit berjerawat .
psst ! jangan sesekali picit jerawat yang sedang melakukan sistem tumbesaran . hihi
jerawat yang baru timbul memang rasa gatal dan sakit sikit , so untuk neutralkan balik , tonyoh-kan slow-slow ais tepat di titik jerawat .
ais juga berfungsi untuk hilangkan merah dan kempiskan jerawat .

----

SECOND :

Ais juga boleh mengecilkan pori-pori wajah yang besar . haa yang ni saya pernah try , memang menjadi . dah buat tu , rasa fresh je muka . hihikks
selain rapatkan pori-pori muka tu , ais juga bermanfaat menjaga produksi kelenjar minyak kepada kondisi normal .

----

THIRD :

Sebelum make up , usapkan ais keseluruh permukaan kulit wajah . selain untuk menyegarkan muka , kulit muka lebih kenyal . kulit yang kenyal dapat membuat make up teraplikasi dengan sempurna .
yang ni boleh try masa interview kerja ke apa . sukahati laa . hihi


+ + + + +

simple kan ? tak payah beli produk pelik pelik yang ada merkuri laa apa laa . ais ni kita buat sendiri pon boleh .

sambil sapu ais kat kulit wajah tu , pekena fresh orange . halamakk , best nya oi !

Hahaha :D

Thursday, 3 December 2015

MAKANAN MINDA :)





terkadang Allah hilangkan sesuatu yaang kita sayang kerana Allah sedang menggantikan sesuatu yang indah untuk kita


kemuliaan orang adalah agamanya, harga dirinya adalah akalnya, sedangkan ketinggian kedudukannya adalah akhlaknya


janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat


seburuk-buruk buta adalah buta hati


batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman


belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi belum berjuang


tangisan seorang pendosa itu lebih Allah cintai daripada tasbih para wali


harta yang didatangkan oleh angin akan terbawakan oleh taufan


kesabaran adalah sifat kemaafan yang terindah

Tuesday, 24 November 2015

Panahan Asmara


Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, mengisahkan: "Nabi SAW melalui satu kawasan dimana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: "sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah, dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah) " Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: "kenapa kamu berhenti memanah?" Jawab sahabat: "Bagaimana kami hendak memanah, kamu berada bersama kami." Nabi SAW menjawab: "Memanahlah, aku bersama kamu semua." (Hadis Riwayat Bukhari)

KEBAIKAN MEMANAH :

  • Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran

memanah sangat menitikberatkan body balancing. Maka, jika pemanah dalam keadaan tertekan, maka panahannya amat mudah untuk tersasar.

  • Melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi

Individu yang tidak tenang, kurang sabar dan pemarah tidak akan menjadi pemanah yang baik


Audadee Stationery





facebook.com/kedaialatulis

Anda memerlukan perkhidmatan percetakan seperti kad perniagaan, bunting, banner, alat tulis dan sebagainya, tetapi atas faktor kerja, anda tidak berkesempatan untuk menguruskannya ?

Jangan bimbang ! kami boleh membantu anda ^_^

kami menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk percetakan seperti NCR Bill Book, invoice, kad perniagaan, bunting, banner dan sebagainya.

Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke tempat kerja atau tempat yang anda tetapkan, anda tidak perlu berdepan dengan kesesakan lalu lintas dan kesukaran mendapatkan tempat parking.

Hubungi kami :

019 342 3450 - Sabri Zaidin
019 256 7964 - Haslina 

Perkhidmatan yang kami sediakan :


*****


*****


*****


*****


*****


*****


*****


*****


*****


*****




Thursday, 5 November 2015

Si Anak


Pasukan Outreach Program
Dari kiri : Ilham Azahar, Sarah Syahiera, Nor Shawatie, Nalia Razali, Haripresath
Belakang : Saiful Ammar



4 November 2015 - Rabu - SK Tanjong Malim - Tahun 6


Subjek Pembangunan Sahsiah merupakan sebahagian dari kursus wajib yang perlu diambil oleh setiap pelajar semester satu di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Melalui subjek Pembangunan Sahsiah ini, mahasiswa dikehendaki merancang, melaksanakan dan membuat laporan berkenaan projek yang akan dijalankan. Oleh itu program ini dirancang bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus.

Program ini dijalankan bagi merapatkan ukhuwah antara murid tahun enam, Meningkatkan stamina setiap murid dan membina keyakinan dan personaliti. 


bakal-bakal cikgu ^_^


sesi suai kenal dengan kami :)




Antara aktiviti yang dirancang bagi memberi keriangan untuk mengisi masa terluang murid darjah enam selepas peperiksaan



senamrobik :P


LDK



Rantaian Kasih




hadiah buat pemenang ;P


Santapan-

Apa yang jelas diakhir program ini ialah murid mula berani untuk bergaul, asah kemahiran komunikasi dan tampil kehadapan dalam membuat ucapan di hadapan rakan-rakannya. Itu adalah salah satu misi kami menjalankan program ini.

- Terima Kasih anak didik SK Tanjong Malim, Perak -



Saturday, 31 October 2015

EXPERIENTIAL LEARNING



kawan kelas - GROUP AF
KKD 2063

Experiential Learning adalah satu kaedah dalam proses mempelajari cara mengajar bagi mengaktifkan seseorang untuk menambah pengetahuan dan keterampilan melalui pengalamannya secara langsung. Dalam konteks ini, Experiential Learning menggunakan pengalaman sebagai pembaharuan dan teknik mengajar. Dalam program Experiential Learning ini, peserta akan lebih mengenali diri mereka serta memberikan komitmen sebagai pekerja yang bersemangat dan komited dalam bekerja. Cara ini mendedahkan kepada para siswi mahupun siswa untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman berbanding dengan membaca sesuatu bahan bacaan dan konsep. Disamping itu, peserta juga didedahkan dengan kehidupan sebagai guru. Peserta juga dididik dan diberi tunjuk ajar bagi menyelesaikan segala kesulitan yang bakal dihadapi oleh guru serta cabarannya. Tujuan utama program Experiential Learning ini adalah bertujuan untuk mendidik dan melatih pelajar siswa dan siswi terutamanya yang bakal menjadi pendidik dan program ini diwujudkan bagi melatih peserta agar menjadi guru yang mempunyai semangat jati diri yang tinggi, bersifat terbuka dan mempunyai sahsiah guru yang cemerlang.

Program ini dilangsungkan pada 9 Oktober (Jumaat) jam 8.00 malam hingga 10.30 malam dan 10 Oktober (Sabtu) bermula jam 8.00 hingga 5 petang bertempat di Auditorium Utama di Kampus Sultan Abdul Jalil. 

Pada hari jumaat; 9 Oktober, Program Experiential Learning ini dilakukan di dalam Auditorium Utama sahaja. Manakala pada 10 Oktober iaitu pada hari Sabtu, para peserta program ini dikehendaki melakukan aktiviti dalam dewan dan luar Kampus Upsi.

Program hebat Experiential Learning  telah banyak mengubah sata kepada impak yang positif secara tidak langsung. Program ini berjaya membuka mata saya untuk mengenali diri sendiri sama ada dari aspek kelemahan, mahupun kelebihan yang bertapak dalam diri. Oleh itu, saya boleh melakukan anjakan dari semasa ke semasa.




Sepanjang aktiviti dalam dewan auditorium


Dengan adanya program seperti ini, saya dapat mengeluarkan diri daripada kepompong malu yang tidak mendatangkan kesan yang baik dalam diri saya, tidak kira sama ada malu untuk berinteraksi mahupun untuk berkenalan dengan orang baru dikenali. Disamping itu, dengan ilmu yang saya peroleh selama menjalani program ini, dapatlah saya praktikkan secara berterusan. ini kerana, input yang diberikan amat bermakna dan berharga.

Saya berharap agar progrm seperti ini dapat diperkembangkan lagi sampai bila-bila. Hal ini supaya, ilmu yang bermanfat ini dapat dikongsi bersama antara satu sama lain di setiap pelusuk dunia. Dengan pendedahan ini, mahasiswa dan mahasiswi akan terdedah dengan kaedah untuk mengatasi kelemahan diri yang seharusnya diubah demi kemajuan diri dan masyarakat. Diharapkan juga, perubahan dapat dilakukan mengikut arus permodenan. Misalnya, kepelbagaian kaedah dan teknik terbaru dalam penyampaian semasa mengajar.